Vivo V5 Untuk 'hantu' selfie - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Selasa, 27 Disember 2016

Vivo V5 Untuk 'hantu' selfie


Anda ‘hantu’ selfie? Mungkin kemunculan peranti pintar Vivo V5 dengan kamera depan 20MP membuatkan anda tidak sabar untuk memilikinya.
Dengan pengenalannya di pasaran Malaysia sejak penghujung November lalu, peranti Vivo ini dilihat bakal menjadi pesaing terdekat untuk Oppo F1s, yang turut menampilkan ciri sama iaitu Perfect Selfie.
Bahkan, bagi menyemarakkan lagi pengenalan V5, Peranti yang mendapat jolokan Perfect Selfie ini turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta produk.
Direka khusus untuk penggemar selfie, kamera depannya juga dilengkapi dengan ciri ‘Moonlight Glow’ untuk mempertingkatkan kualiti rakaman gambar dalam suasana cahaya rendah.
Bersama sensor Sony IMX376 dan lensa 5P, V5 mengetengahkan apertur f/2.0 serta didatangkan dengan aplikasi Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih licin selain menjadikan pengguna kelihatan lebih menawan.
Kebiasaannya, kamera belakang mempunyai saiz MP yang lebih besar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya diciptakan untuk V5 membuatkannya mampu mempamerkan hasil akhir kamera depan yang memukau pengguna.
Manakala untuk kamera belakang, model terbaru Vivo ini hadir bersama sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF).
Di sebalik reka bentuk rangka badannya yang diperbuat daripada besi, V5 menjalankan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dan setiap operasinya dikuasakan oleh pemprosesan Octa-core dan set cip MediaTek MT6750.
Menyentuh berkaitan spesifikasi lain, peranti ini menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman 32GB serta boleh memuatkan kad microSD sehingga 128GB untuk sokongan tambahan.
Walaupun mempunyai skrin besar berukuran 5.5 inci, tetapi telefon ini dengan skrin HD ini hanya memiliki resolusi 1280◊720 sahaja.
Selain kamera yang hebat, V5 turut memfokuskan kepada sistem audio di mana ia menampilkan cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan.
Justeru, peranti ini mampu mengeluarkan audio yang memukau pendengaran pengguna dan anda pastinya ‘syok’ sekiranya mendengarkan alunan muzik menggunakan pembesar suara telefon ini.
Untuk aspek keselamatan pula, telefon dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh ini dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari yang pantas, membolehkan penggunanya ‘unlock’ peranti dalam masa kurang dua saat.
Jadi apa tunggu lagi. Bagi penggemar selfie, anda diberi pilihan untuk mendapatkan V5 dalam dua warna berbeza iaitu emas dan merah jambu pada harga RM1,229.
info
VIVO V5
• Pengeluar: Vivo Malaysia
• Ciri: Telefon selfie
• Pro: Kamera depan 20MP
• Kontra: Ketebalan peranti
• Laman web: http://www.vivo.my/v/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan