Sharp Aquos Z2 Pantas berdesup! - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Rabu, 7 Disember 2016

Sharp Aquos Z2 Pantas berdesup!


Mencuba Sharp Aquos Z2 memberi pengalaman menarik kerana sejak beberapa minggu ini penguji kerap bermain dengan jenama dari China.
Apabila memperoleh peluang memegang Sharp Aquos Z2, ia tidak mengecewakan apabila SoC jenis MediaTek Helio X20 deca core memberi kuasa mudah alih optimum yang padan dengan RAM 4GB ditawarkan.
Helio X20 mampu mengoperasikan dua core dalam CPU Cortex-A72 2.3GHz dengan baik, sekali gus menghasilkan prestasi tinggi selain ditambah core lagi untuk Cortex-A53 2.0GHz dan 1.4GHz benar-benar menambah keupayaan telefon anda.
Bahasa mudahnya, telefon ini melancarkan penggunaan yang mana anda tidak akan berasa ‘lag’ pada telefon dan mampu membuka banyak aplikasi tanpa memberi beban kepada Sharp Z2 untuk bekerja.
Ia dibolehkan melalui teknologi 'Tric-cluster' yang mengaktifkan core sepadan dengan keperluan aplikasi digunakan. Pada masa sama, ia juga menggalakkan penggunaan bateri yang cekap.
Penguji cuba membuka aplikasi game kemudian menutupnya dan membuka pula aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram, kemudian melancarkan semua tiga aplikasi game kasual diteruskan dengan membuka pula kamera.
Semua aktiviti terbabit tidak memberi masalah kepada telefon.
Bercakap mengenai kamera, resolusi 16MP pada format AF PDAF cukup merakam foto sempurna ketika anda memerlukannya.
Kamera selfie dengan lensa sudut lebar 82 darjah bermakna lebih ramai rakan boleh masuk sekali dalam satu gambar dan ia menggunakan apertur f/1.8.
Berdasarkan paparan 5.5 inci beresolusi 1920 x 1080 piksel, ia mampu menghasilkan apa saja imej cantik terpampang di skrin.
Hadir dengan bateri 3000 mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas MediaTek Pump Express 3.0 melalui USB Port Type-C, Sharp Z2 mampu mengecas sehinggga 50 peratus dalam tempoh 30 minit saja.
Jika anda mengecasnya penuh, cukup anda gunakan seharian tanpa ‘powerbank’ tambahan.
Penguji menggemari ciri baru yang ditampilkan iaitu pemancar IR pada bahagian atas telefon di mana komponen ini membolehkan pengguna untuk mengawal peralatan kediaman hanya dengan menggunakan telefon tanpa sebarang sokongan aplikasi.
Pengimbas cap jari pun sangat lancar walaupun anda menggunakan dengan kerap dan penguji tidak lupakan dua slot kad SIM yang memberi keselesaan jika si pemakai ada dua nombor telefon berbeza.
Untuk membeli telefon ini, anda perlu berbelanja RM1,199 namun dengan storan 32GB serta rekaan 2.5D lengkung di belakang memang menakjubkan dan tidak dilupakan warna pilihan berbeza iaitu emas dan perak sangat berbaloi dimiliki.
INFO
SHARP AQUOS Z2
• PENGELUAR: SHARP Mobile
• PENGEDAR: Commtiva Technology Limited
• CIRI: Telefon harga patut
• PRO: Ciri hebat, berbaloi
• LAMAN WEB: www.sharpmobile.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan