Sangat Sesuai dibawa ke mana saja - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Khamis, 15 Disember 2016

Sangat Sesuai dibawa ke mana saja




Menyemarakkan lagi industri kamera, Canon tampil menambah barisan baru EOS M dengan model terbarunya, Canon EOS M5.
Hadir dengan reka bentuk DSLR, varian terbaru ‘mirrorless’ ini tampil dengan saiz kompak dan sesuai dibawa ke mana-mana saja terutamanya melancong.
Selain pemprosesan imej DIGIC 7, EOS M5 mempunyai kamera 24.2MP APS-C dengan sensor CMOS yang membantu mengurangkan ‘noise’ ketika merakam gambar pada kelajuan ISO yang tinggi. Ini memastikan setiap imej kekal terang dan jelas.
Model premium ini turut didatangkan bersama lensa kit EF-M iaitu EF-M 15-45mm dan EF-M18-150mm f/3.5-6.3 yang mampu meluaskan spektrum pengimejan.
EOS M5 juga mempunyai mod rakaman filem yang telah dipertingkatkan. Dengan menggabungkan lensa IS bersama sokongan penstabilan digital dalam kamera, anda boleh merekod video dengan kualiti terbaik walaupun sambil bergerak.
Dalam memudahkan tugasan pengguna untuk memindahkan gambar, Canon menampilkan ciri WiFi dan NFC yang membenarkan anda membuat pemindahan gambar menerusi aplikasinya selain fungsi Bluetooth.
SPESIFIKASI:
Canon EOS M5
Harga: Bermula RM2,069 hingga RM6,399
Kamera: 24.2MP
Sensor imej: APS-C CMOS
Pemprosesan imej: DIGIC 7
Kelajuan maksimum ISO standard: ISO 25,600
Video: 60 fps HD penuh
EVF: Kira-kira 2.36 juta titik
Sambungan: Wifi, NFC, Bluetooth
Berat: 427g

Tiada ulasan:

Catat Ulasan