Mantap.. iPhone X 8 dengan pengesan wajah - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Rabu, 20 September 2017

Mantap.. iPhone X 8 dengan pengesan wajah






Tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).
Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.
iPhone X menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.


Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif. Skrinnya pula penuh di depan seakan-akan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.
Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel. Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.
Dwikamera dengan lensa f2.4 dan f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.
Ia akan dijual pada harga anggaran bermula RM4,299, iPhone X ditawarkan dengan kapasiti minimum 64GB.
Selain itu, Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapati melalui warna perak (silver), kelabu (space grey) dan emas ros (rose gold).
Dwikamera baru beresolusi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan ‘multiband noise’ pada perkakasan.
Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan anda memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya ‘filter’.
Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7.
Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.
Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.
iPhone 8 bermula pada harga anggaran RM3,099 manakala iPhone 8 Plus pula bermula pada harga RM3,499. Kapasiti storan daripada 64GB hingga 256GB.
Malaysia akan menerima iPhone 8 dan 8 Plus pada November ini manakala iPhone X pula Januari 2018 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan