Canon EOS 1300D model paling menarik - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Sabtu, 23 September 2017

Canon EOS 1300D model paling menarik


Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi atau pelajar sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sama, Canon EOS 1300D model paling menarik dan mudah dioperasikan.
Sudah pasti, ia kamera jenis DSLR pemula dan digalakkan jika sedang mencari model kamera ‘beginner’ kerana ia menyediakan penjelasan untuk setiap mod yang disediakan supaya anda dapat merakam gambar menggunakan mod tepat.
Harganya pun tidaklah terlalu tinggi. Selepas membuat perbandingan harga kerana setiap tempat menawarkan pakej berbeza-beza seperti kamera, skrin pelindung dan tripod, ia berbaloi.
Sudah pasti, di peringkat permulaan ini, anda tidak perlu terlalu melabur dalam angka yang besar kerana masih berada dalam tahap pembelajaran.
Mengikut kata bidalan, ‘malu bertanya sesat jalan’. Jadi, anda disarankan mengikuti mana-mana kelas dan kursus fotografi sama ada berbayar atau tidak untuk mengetahui kaedah tepat dalam penggunaan lensa dan mod manual untuk merakam gambar.
Tapi dengan Canon EOS 1300D pun, ia memberi tunjuk ajar ringkas dalam kamera terbabit melalui mod tertentu.
Penguji hanya menggunakan lensa kit untuk rakaman foto dan video dan jika ia ditetapkan pada mod auto pun sudah boleh menghasilkan imej menarik.
Lagipun, DSLR ini sudah serasi bagi pasca rakaman menggunakan perisian Adobe Lightroom, Adobe Photoshop atau Adobe Premiere.
Lazimnya, kebanyakan jurugambar menggunakan perisian Adobe berkenaan untuk menyunting gambar dan ia cukup baik untuk suntingan gambar kerana memiliki perkakas suntingan yang lengkap.
Anda hanya perlu klik pada imej RAW saja.
Untuk menajamkan skil, anda boleh merakam foto dulu kemudian memindahkannya ke telefon menggunakan aplikasi Canon Camera Connect jadi imej terhasil bakal memberi lebih kesan berbanding hanya memakai telefon biasa.
SPESIFIKASI:
PRODUK: CANON EOS 1300D
PENGELUAR: Canon Inc
CIRI: Kamera DSLR pemula
PRO: Mudah guna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan