MAXGear V7 sedia beraksi - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Khamis, 7 September 2017

MAXGear V7 sedia beraksi


Cuti baru-baru ini membolehkan penguji bermain dengan kamera aksi MAXGear V7 yang bukan saja boleh dibawa menyelam tetapi mampu ditukar aksi fungsinya menjadi kamera dalam kenderaan.
Maklumlah, terlalu banyak kaki buli jadi pemasangan kamera dalam kenderaan pun penting!
Berbalik kepada model MAXGear ini, model V7 mudah dipasangkan dengan telefon anda menggunakan aplikasi.
Kemudian, penggunaan bluetooth menjadi penghubung keduanya membolehkan anda mendapatkan imej atau video terus daripada kamera yang beresolusi 14 megapiksel HD penuh.


Kualitinya boleh dikatakan bertepatan dengan harganya dan lebih hebat jika membelinya terus daripada laman e-dagang, 11Street.
Secara teorinya, ia boleh dimasukkan pada kedalaman 30 meter dalam kolam renang dan mudah merakam pada 30fps.
Menggunakan bateri boleh dicas semula, MAXGear V7 mampu bertahan sehingga tiga jam penggunaan. Kameranya yang kalis kuasa dapat mengecas bateri di mana saja menggunakan bank kuasa.
Nasib baik, syarikat aksesori yang biasa mengeluarkan produk untuk GoPro, XiaoYi dan SJCAM ini sudah terkenal dengan keupayaan untuk menghasilkan produk berkualiti pada harga terbaik.
Penguji boleh melayari laman webw.maxgear.com.my atau fb.com/maxgearglobal untuk melihat banyak produk lain ditawarkan.
Setakat ini, penggunaan ketika pergerakan laju seperti berlari atau berjalan tidaklah mendatangkan gegaran yang ketara.
Rakaman jenis HD penuh pun boleh tahan, sekurang-kurangnya anda boleh nampak ‘muka penjenayah’ kalau mereka terakam!
SPESIFIKASI:
Produk: MAXGear V7
Pengedar: MAXGear
Ciri: Kamera aksi
Pro: Kualiti video boleh tahan
Kontra: Antaramuka aplikasi perlu lebih kemas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan