Xperia XZ2 dan XZ2 de­ngan ciri yang lebih memukau - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Khamis, 5 April 2018

Xperia XZ2 dan XZ2 de­ngan ciri yang lebih memukau


Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Sudah pastinya, kedua peranti terbaru keluaran Sony ini didatangkan de­ngan ciri yang lebih hebat di samping reka bentuk yang lebih segar untuk memukau penggunanya.

Bagi Xperia XZ2, ia dilengkapi dengan skrin IPS LCD FHD+ sebesar 5.7 inci sekali gus memberi keselesaan memandang paparan skrin kepada penggunanya.

Dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon 845, XZ2 direka dengan kamera utama 19MP dengan aperur f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 5MP bersama apertur f/2.2.
Kamera Motion Eye berkenaan kini mempu­nyai rakaman Filem 4K HDR dan fungsi rakaman Super Slow Motion 960 FPS HD penuh di dalam telefon pintar.
Melengkapkan lagi spesifikasi peranti ini adalah 4GB RAM dan storan 64GB serta bateri berkapasiti 3,180 mAh dengan soko­ngan pengecasan tanpa wayar.
Sony Xperia XZ2 Compact pula didatangkan dengan skrin lima inci FHD+.
Ia dijana oleh pemprosesan Snapdragon 845 serta disokong oleh memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB.
Kamera utama dan hadapannya sama seperti XZ2 iaitu masing-masing 19MP bersama f/2.0 dan 5MP f/2.2.
XZ2 Compact hadir dengan bateri sebesar 2,870 mAh. Walau bagaimanapun, panel belakang peranti ini diperbuat daripada polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.
Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 dan mempunyai keupayaan kalis air pada kadar IP68.
Berbeza dengan peranti Sony terdahulu, pengimbas cap jari kedua model ini terletak pada bahagian belakang.
Xperia XZ2 dan XZ2 Compact mula dijual di pasaran Malaysia bermula pertengahan April depan pada harga masing-masing RM3,299 dan RM 2,899.
Manakala pra-tempahan untuk Sony Xperia XA2 sudah dibuka bermula 23 Mac lalu sehingga 4 April depan.-credit HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan