Kenali ciri2 iPhone 8 Plus - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Ahad, 26 November 2017

Kenali ciri2 iPhone 8 Plus


Reka bentuk iPhone 8 Plus dilihat tidak jauh bezanya dengan 7 Plus, 6S Plus dan 6 Plus.
Satu-satunya yang membezakan secara fizikal ialah penambahan gelas belakang dan kesan dua tona yang dicipta sebenarnya mencantikkan iPhone baru ini.
Bagi penguji, rekaan yang sangat elegan dan menawan itu mungkin faktor rekaannya dikekalkan. Jika tidak mahu mendapatkan iPhone X kerana harganya tinggi, beri peluang kepada iPhone 8 Plus ini.


Pada siri pertama reviu iPhone 8 Plus ini, penguji akan cuba memaklumkan mengenai reka bentuk fizikal dan kuasa pemprosesan yang sungguh mengagumkan.
Sebelum itu, secara keseluruhannya terdapat peningkatan yang hebat termasuk kamera dan kuasa dalaman berbanding model lama, iPhone 7 Plus.
Sama seperti A10 Fusion, pemprosesan A11 Bionic mungkin tidak memperlihatkan kekuatannya yang sebenar namun boleh dikatakan ia evokatif.
Penguji dapati, set cip baru ini mengandungi enam core atau teras dengan empat daripadanya mengoperasikan kerja biasa bagi sebuah telefon manakala selebihnya kerja berat seperti suntingan foto, pelbagai tugas atau kesan kamera masa sebenar.
Jika dilihat pada salah satu fungsi iPhone 8 Plus iaitu Portrait Lighting, itulah yang membezakan A11 dengan pemprosesan lama sekali gus menunjukkan taring sebenar.
Penguji akan ulas mengenai Potrait Lighting pada reviu akan datang. Mana-mana aplikasi yang membabitkan kerja berat memang sesuai dilaksanakan Bionic A11.
Pendek kata, iPhone anda tidaklah selalu meragam ditambah pula kesepaduannya dengan RAM.
Segala-galanya terasa cepat bergerak sebaik jari dileretkan di skrin seolah-olah iPhone 8 Plus itu melampau pantasnya meskipun longgokan aplikasi dipasang dalam fon.
Penguji mencuba buka dan tutup aplikasi pada iPhone 8 Plus dan iPhone 7 Plus dan perbezaan keduanya nampak ketara.
Anda mungkin melihat skrin iPhone 8 Plus dengan paparan HD penuh bersaiz 5.5 inci nampak biasa.
Dari segi saiz dan resolusi, ia mungkin benar tetapi lupa pada satu perubahan iaitu ‘reproduction’ warna dan suhu.
Hari ini, jika anda menggunakan mana-mana telefon pun tidak akan terlalu nampak ketara perbezaannya namun jarak antara paparan dan gelas itu penting.
Inilah yang menjadikan iPhone 8 Plus itu seakan unik berbanding produk lain kerana ia serasi dan dicipta kemas.
Satu cara mengujinya, cuba mainkan video di bawah matahari bukanlah mahu mengatakan ia aktiviti biasa anda lakukan namun untuk memberikan sedikit perbezaan, skrin iPhone 8 Plus tidak panas.
Cuba anda lakukan dengan fon masing-masing.
Realiti maya (AR) adalah peningkatan ketara iPhone sekarang dan ia langkah kepada teknologi yang hilang selepas kematian Steve Jobs.
Contohnya, penguji memainkan game The Machines yang sarat dengan AR mengerahkan kuasa secara strategik untuk memenangi pertempuran dan kemampuan AR terbabit memang nampak hebatnya.
Ia mengingatkan penguji kepada permainan pertama berasaskan giroskop di iPhone 4 lalu. Mungkin agak cool apabila sesuatu baru muncul dalam iPhone.
Begitu juga dengan AR dan jika anda mahukan kuasa baru permainan moden, iPhone 8 Plus adalah jawapannya.
Tunggu sambungan reviu berikutnya.
INFO:
IPHONE 8 PLUS
PENGELUAR: Apple Inc
CIRI: Mod kamera hebat
PRO: Kamera depan dan belakang hebat, gambar berkualiti tinggi
KONTRA: harganya...
LAMAN WEBSITE: www.apple.com/my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan