Galaxy S9+ sangat mantap - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Rabu, 4 April 2018

Galaxy S9+ sangat mantap


Dalam siri reviu fokus pada model Samsung Galaxy S9+ sebelum ini, penguji mencuba dua fungsi iaitu Super Slow Mo dan Emoji AR yang sangat mantap bagi sebuah telefon pintar.

Bagi reviu kali ini, penguji akan mengulas mengenai rekaan dan ciri bagi dua model sekali gus iaitu S9 dan S9+, jadi kita boleh memperoleh gambaran mengenainya sebelum membuat keputusan membeli.

Trend mendapatkan fon dengan warna yang unik juga menjadi satu lagi perubahan pada telefon pintar dan Samsung menjangkakan warna ungu bakal menjadi trend pada tahun ini.

Warna jenis Pantone (ungu untuk model baru) itu menjadi pilihan pada model baru Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang pertama kali diperkenalkan kepada pengguna.

Selain itu, terdapat perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang serta malam menyaksikan apertur f2.4 ketika cerah dan mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap.

Jadi, ia menghasilkan gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama S8.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukannya bagi mendapatkan imej lebih baik.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.
Sudah pasti dengan trend menonton strim video ‘online’ sekarang, ia membantu memperdengarkan audio dengan lebih jelas.
Diperkenalkan tahun lalu, Bixby pada Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ kali ini mempunyai terjemahan secara langsung hampir tepat dan sempurna.Di samping itu, ia juga mempunyai AR yang mempunyai fungsi baru misalnya, restoran terdekat dengan menghalakan kamera anda ke depan.

Ciri ‘Food’ membolehkannya melihat jumlah kalori dalam makanan yang anda sedang makan.
Meneruskan fungsi pejabat, Samsung memperhebatkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dengan DEX baru yang bukan lagi berbentuk bulat dan memperlihatkan fon yang menegak apabila dipasang.
DEX kini dibaringkan dengan rekaan empat segi dan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dipasangkan dengan cara meletakkannya melintang.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga kekal dengan ciri kalis air dan debu IP68 tapi dengan pemprosesan baru dan membuat keputusan untuk jek audio 3.5mm terus relevan dalam peranti ini.
Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga mempunyai memori tambahan dengan microSD sehingga 400GB.

Cas telefon tanpa wayar juga juga lebih pantas mengelakkan masa terlalu lama untuk menggunakannya kembali.
Kali ini Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai akses pada pengesan wajah dengan Samsung Knox 3.4.2 baru Berkongsi pemprosesan sama, Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan cip 10nm 64 bit jenis octa core.Galaxy S9 mempunyai saiz skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Kedua-duanya juga mempunyai rangkaian Internet lebih pantas dengan memberi laluan lebih banyak gelombang isyarat ke telefon.
Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ kali ini datang dengan Android Oreo 8.0 selain USB-C dan NFC.
Samsung Pay juga dikekalkan pada kedua-dua fon ini.-HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan