wow S9, S9+ lebih menyengat - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Khamis, 15 Mac 2018

wow S9, S9+ lebih menyengat


Samsung mahu garang dengan pelancaran model S9 dan S9+ di Malaysia yang bermula 16 Mac ini.
Konsep emoji AR dan warna jenis Pantone itu menjadi pilihan kepada model baru Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang pertama kali diperkenalkan kepada pengguna.
Perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang dan malam menyaksikan apertur f2.4 ketika cerah serta mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap.
Jadi, ia menghasilkan gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama S8.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukannya bagi mendapatkan imej lebih baik.

 Terbaru, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan kejutan rakaman ‘Super Slow Mo’ format 960fps yang sebelum ini fungsi sama hanya datang pada 240fps saja.
Hasilnya, anda boleh menyaksikan gambar gerak perlahan yang terperinci dan jelas.
Super Slow Mo ini juga mempunyai pengesan pergerakan automatik, biasanya terdapat dalam kamera biasa yang bermakna ia mampu merakam apa saja dengan pantas meskipun anda mungkin tidak bersedia ketika situasi berada depan mata.
Super Slow Mo juga boleh dijadikan fail GIF dan lebih menarik, ia mampu diterjemahkan ke ‘wallpaper’ telefon Galaxy S9 dan Galaxy S9+ anda.
Satu penambahan ciri ketara menyaksikan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang bersama emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri dan menukar konsep emoji seperti baju, kaca mata dan banyak lagi.
Selain itu, ekspresi wajah pada emoji juga dicipta seakan-akan animasi 3D dan boleh berkongsi emoji terbabit kepada rakan.
Di samping itu, ia juga mempunyai AR yang mempunyai fungsi baru misalnya, restoran terdekat dengan menghalakan kamera anda ke depan.
Ciri ‘Food’ membolehkannya melihat jumlah kalori dalam makanan yang anda sedang makan.
Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga kekal dengan ciri kalis air dan debu IP68 tapi dengan pemprosesan baru dan membuat keputusan untuk jek audio 3.5mm terus relevan dalam peranti ini.
Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga mempunyai memori tambahan dengan microSD sehingga 400GB.-sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan