Samsung Galaxy S9+ dengan 2 ciri baru - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Sabtu, 17 Mac 2018

Samsung Galaxy S9+ dengan 2 ciri baru


Penguji berpeluang mencuba Samsung Galaxy S9+ yang dilancarkan hari ini dan pastinya dua ciri baru, Super Slow Mo dan emoji 3D menjadi pilihan.
Itu antara perubahan ketara pada kamera yang dipasang pada model baru Samsung Galaxy S9+ ini selain satu lagi model, S9.
Berbekalkan warna hitam, penguji sebenarnya berkenan dengan warna ungu, namun warna lelaki ini pun cukup baik.
Perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang serta malam menyaksikan apertur f2.4 ketika cerah dan mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap.

Jadi, ia menghasilkan gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama S8.
Samsung Galaxy S9+ mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukannya bagi mendapatkan imej lebih baik.
Bercakap mengenai ciri Super Slow Mo, ia datang dengan format 960fps yang sebelum ini fungsi sama hanya datang pada 240fps saja.
Hasilnya, anda boleh menyaksikan gambar gerak perlahan yang terperinci dan jelas.
Super Slow Mo ini juga mempunyai pengesan pergerakan automatik, biasanya terdapat dalam kamera biasa yang bermakna ia mampu merakam apa saja dengan pantas meskipun anda mungkin tidak bersedia ketika situasi berada depan mata.
Dalam video hampir 20 saat misalnya, padatan gerak perlahan menghasilkan visual kreatif.
Menariknya, Super Slow Mo juga boleh dijadikan fail GIF selain mampu diterjemahkan ke ‘wallpaper’ telefon Galaxy S9+.

SAMSUNG Galaxy S9+
Satu penambahan ciri ketara menyaksikan Samsung Galaxy S9+ datang bersama emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri dan menukar konsep emoji seperti baju, kaca mata dan banyak lagi.
Selain itu, ekspresi wajah pada emoji juga dicipta seakan-akan animasi 3D dan boleh berkongsi emoji terbabit kepada rakan.
Satu lagi fungsi AR pada Bixby menyaksikan pengguna misalnya, mampu mencari restoran terdekat dengan menghalakan kamera anda ke depan.
Ciri ‘Food’ membolehkannya melihat jumlah kalori dalam makanan yang anda sedang makan.
Galaxy S9+ mempunyai kamera dwikamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4.
Kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7.
Harga yang mula dijual pada hari ini menyaksikan S9+ ditanda bermula RM3,799 untuk 64GB, RM3,999 (128GB) dan RM4,399 (256GB).
SAMSUNG GALAXY S9+
• PENGELUAR: Samsung
• CIRI: Telefon flagship
• PRO: Kamera terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan