Kita kini sudah menyaksikan generasi keempat Samsung Galaxy A sejak
dilancarkan pada 2014. Terbaru, model Galaxy A8+ sememangnya
berorientasikan rekaan premium meskipun ia boleh dikategorikan sebagai
fon pertengahan.
Samsung Galaxy A8+ membawakan rekaan estetik
dengan Infinity Display menjadi taruhan dan penguji berpendapat ia
langkah yang sesuai membolehkan pengguna memperoleh panel 18.5: 9 pada
skrin bersaiz 6 inci.Bagaimanapun,
terdapat beberapa perbezaan termasuk paparan iaitu FHD+ dan bukan QHD+
seperti model flagship dan panelnya tidak melengkung.
Galaxy A8+ mempunyai butang kuasa di sebelah kanan dengan volum yang terletak di sebelah kiri.
Di
bahagian bawah terdapat port 3.5mm (terima kasih kekalkan ciri ini) dan
pengecas USB-C tapi ada sedikit aneh apabila pembesar suara terletak di
sebelah kanan peranti tepat di atas butang kuasa.
Pada saiz 159.9
x 75.7 x 8.3mm, Galaxy A8+ lebih tinggi, luas dan tebal berbanding
Galaxy S8+ yang mempunyai paparan 6.2 inci lebih besar.
Seperti
siri Galaxy A tahun lalu, A8+ kekal dengan IP68 yang diperakui kalis
debu dan air kemudian terdapat slot kad SIM dipenuhi gasket getah.
Pastinya
penggunaan Samsung Pay diteruskan. Walaupun Galaxy A8+ tidak mempunyai
pengecasan tanpa wayar, anda masih mendapat pengecasan pantas.
Untuk menampung bezel minimum S8+, Samsung memindahkan sensor cap jari bersebelahan modul kamera di belakang.
Adakah ia langkah tepat? Bagi penguji, pengimbas di belakang lebih baik berbanding di depan.
Sudah
tentu bagi kategori pertengahan, ia menjadi peranti terpantas dalam
segmen ini, ditambah varian yang dijual di Malaysia mempunyai 6GB RAM
dan penyimpanan 64GB.
Bagi jangka hayat bateri, bateri 3500mAh
berjaya bertahan sehari dan penguji melihat skrin untuk video dan laman
sosial yang dikatakan ‘screen-on-time’ selama empat jam secara purata.
Samsung
Galaxy A8+ ini beroperasi pada Android 7.1.1 Nougat dan ia sudah
dijangka memandangkan penguji berpendapat Samsung mahu fokus Oreo pada
Galaxy S9 yang bakal dikeluarkan hujung bulan ini.
Jadi, kemas kini Oreo untuk A8+ mungkin untuk suku berikutnya.
Kemuncak pada Samsung Galaxy A8+ sudah pasti pada dwikamera depan 16MP + 8MP yang pertama untuk peranti Samsung.
Matlamat
utama dengan kamera sekunder adalah untuk memperkasakan Live Focus,
ciri yang membuat debutnya beberapa bulan lalu untuk Note 8.
Live
Focus membolehkan anda membuat kesan kabur pada latar belakang dan
sementara ciri ini tersedia di kamera belakang pada Note 8, anda boleh
menggunakannya bagi swafoto dengan A8+.
Ciri ini sememangnya berfungsi seperti yang diiklankan dan anda boleh melaraskan intensiti kabur terbabit.
Penguji
berpendapat gambar Live Focus pada kamera ini memang hebat dan mampu
menghasilkan imej swafoto yang tidak akan mengecewakan anda.
Adakah anda patut membelinya? Jawapan tanpa ragu adalah YA!-sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan