LG G6 ciri IP68 yang kalis air - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Selasa, 15 Ogos 2017

LG G6 ciri IP68 yang kalis air


 Setelah sekian Lama menunggu, akhirnya penguji merasa juga penggunaan LG G6. Telefon yang penguji kategorikan ‘hipster’ ini sepatutnya memasuki pasaran Malaysia lebih awal kerana pengumumannya dilakukan Februari lalu.
Mungkin konsep biar lambat asal selamat tidak berapa sesuai untuk produk ini, namun masih menunjukkan kuasa ‘flagship’ yang hebat untuk pengguna di Malaysia.
Telefon ini mempunyai ciri IP68 yang membolehkannya kalis air selain memperlihatkan komponen seperti USB C dan port audio 3.5mm di bawah serta atas telefon terbabit.
Berbanding LG G5, bahagian bawah menyaksikan pembesar suara dan mikrofon bertukar kedudukan selain kelihatan jalur antena.
Penguji menyukai fungsi butang kuasa yang ditempatkan di bahagian belakang telefon berbanding model lain biasanya di tepi atau atas.
Bagi pasaran Malaysia, LG menawarkan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 821 bersama paparan besar 5.7 inci format 18:9 QHD+ FullVision Display (2880 x 1440 / 564ppi).
Ia harus dipuji kerana skrinnya memang nampak mengagumkan ketika penguji menonton YouTube terutama yang mempunyai format HD penuh.
LG G6 mempunyai RAM jensi 4GB LPDDR4 selain storan 64GB UFS2.0 yang boleh ditambah slot kad microSD hingga 2TB.
Jadi cukuplah kalau menambah aplikasi, merakam banyak foto dan menyimpan pelbagai kandungan multimedia lain.
Untuk kamera pula, LG G6 lengkap kamera dwilensa 13MP pada standard OIS 2.0 (F1.8 /718), gambar terhasil mungkin agak biasa saja bagi kebanyakan telefon lain dan belum mampu menewaskan dua tiga jenama yang hebat pada kameranya.
Bagi swafoto pula, cukuplah penguji katakan ia mungkin ala kadar jika mahu diukur standard penguji.
Nasib baik, penguji menggemari rekaan telefon ini di samping jangka hayat bateri lama menjangkau lapan jam pada penggunaan aktif. Jadi tidak perlu risau mengenai ‘powerbank’ yang perlu dibawa.
INFO
LG G6
• Pengeluar: LG
• Ciri: Telefon flagship dwilensa
• Pro: Skrin cantik
• Kontra: Kamera perlu tambah baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan