Apple beri bayangan harga iPhone X - Infolagi4u

Breaking

Infolagi4u

Informsi Terkini

Search Bar

Sabtu, 4 November 2017

Apple beri bayangan harga iPhone X





Apple mula menayangkan harga iPhone X di Malaysia yang boleh disambar pengguna nanti.
Ia dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB serta RM5,899 bagi storan 256GB menampilkan rekaan unik tanpa ‘bezel’.
Lebih menarik, tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).
Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.


iPhone X menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.
Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif. Skrinnya pula penuh di depan seakan-akan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.
Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel. Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.
Dwikamera dengan lensa f2.4 dan f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.
IPHONE X
• HARGA: RM5,149 (64GB), RM5,899 (256GB)
• STORAN: 64GB/256GB
• SAIZ: 143.6 x 70.9 x 7.7mm
• BERAT: 148g
• PAPARAN: 5.8 inci Super Retina HD 2436 x 1125, 458ppi
• CIRI: IP67
• PEMPROSESAN: A11 Bionic
• KAMERA: Dwilensa 12MP, sudut lebar (f1.8) & telefoto (f2.8)
• KAMERA DEPAN: 7MP (f2.2)
• CAP JARI: Butang home depan
• BATERI: 12 jam (Internet), cas pantas 50% dalam masa 30 minit
• OS: iOS 11 Kad
• SIM: Nano

Tiada ulasan:

Catat Ulasan